Pengenalan

Program ‘Ayuh Terbang Tinggi’ ialah sebuah program percuma tajaan Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson, Dato Seri Anwar bin Ibrahim untuk anak-anak Port Dickson.

Seramai 40 orang pelajar sekolah rendah sekitar PD akan dipilih untuk menyertai program yang julung kali diadakan ini. Program ini akan dibahagikan kepada 2 bahagian:

Pertama, peserta akan dibahagikan mengikut kumpulan dan meneroka bagaimana sebuah pesawat berfungsi. Aktiviti ini akan dijalankan berdasarkan eksperimen dan penerokaan yang akan dilakukan sendiri oleh peserta dengan bantuan tenaga pakar yang didatangkan khas dari syarikat penerbangan terkemuka di Sepang.

Kedua, selepas rehat tengahari peserta akan mengikuti ‘Sembang Kerjaya’ atau career talk yang akan dihadiri oleh Juruterbang Pesawat ( Pilot), Jurutera Pesawat dan krew kabin yang akan berkongsi pengalaman dan keseronokkan mereka bekerja dalam bidang ini.

Program Ayuh Terbang Tinggi dibawakan khas untuk anda oleh Persatuan STEAM Malaysia dengan penganjuran oleh Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Untuk pendaftaran, sila gunakan borang berikut: https://goo.gl/forms/NBdhWwBR25fY8WEv2